Saturday, January 15, 2011

....madah IMAM SYAFIE.......

بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمـَنِ الرَّحِيم

ASSALAMUALAIKUM...

Alhamdulillah... Allahu akbar.... masih diberi kesempatan untuk hidup... sebentar tadi saya ada baca sebuah blog tentang madah Imam Syafie....


Imam Shafie sungguh bijak mengungkapkan madah bagi tujuan menyampaikan isi ajaran Islam yang menyentuh hati dan perasaan. Mengandungi maksud begitu halus dan mendalam. Di kesempatan ini ibu paparkan beberapa antaranya,...moga dapat kalian gunakan untuk bermuhasabah;


* Perhiasan ilmuan itu adalah takwanya, keelokan akhlak mulianya dan kecantikan murah hatinya.

* Tidaklah berjaya seseorang itu dalam menuntut ilmu, melainkan dia berada dalam kekurangan.

*Tidak ada aib yang lebih buruk bagi seseorang ilmuan, selain daripada kesukaannya terhadap perkara yang tidak disukai Allah.

* Ilmu itu bukannya yang dihafal, tetapi yang memberi manfaat.

*Barang siapa ingin hatinya diterangi oleh cahaya Ilahi, hendaklah dia banyak menyendiri, mengurangkan makan, tidak bergaul dengan orang yang buruk perangainya.

* Orang yang berakal adalah orang yang diikat oleh akhlaknya daripada segala perbuatan tercela.

* Tanda persahabatan itu hendaklah menjadi teman terhadap teman sahabatnya, dan menjadi musuh kepada musuh sahabatnya.

* Tidak ada kegembiraan yang menyamai perjumpaan dengan sahabat dan tidak ada kesedihan yang menyamai perpisahan dari sahabat.

* Barang siapa menasihati saudaranya secara diam-diam, bererti dia menginginkan kebaikan bagi sauadranya.

dan

Imam Al-Syafie pernah mengungkap: "Bersabarlah kamu dalam perjalanan jauh demi menemui gurumu, sesungguhnya lautan ilmu itu diperoleh menerusi perjalanan kamu menemuinya. Sesiapa yang tidak berasa kepahitan menuntut ilmu sedetik, ia pasti menelan kehinaan dek kejahilan sepanjang hayatnya



No comments:

Post a Comment