Monday, May 6, 2013

Belajar Dari Alam


بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

Alhamdulillah… selamat tiba semula di rumah. Sebentar tadi pergi belajar memandu semula dengan ayah. Lesen dah ada, tapi dah setahun tak pandu kereta sebab sambung belajar. Rupanya tak adalah lupa sangat macam mana nak pandu cuba sedikit gementar.

Banyak perkara yang dapat belajar daripada memandu tadi. Ayah selalu ulang yang saya kena ada confident sebab dah ada lesen. Dan semasa memandu tadi kami lalu jalan kampung, tak banyak kereta dan dapat lihat pemandangan hijau, sejuk mata memandang. Hebat kuasa Allah.

Oleh itu, bersyukurlah dengan kurniaan Allah. Kita hanya hamba Allah di muka bumi ini. Masa yang ada gunakan dengan sebaiknya sebelum ajal tiba. Jadilah hamba yang bersyukur!

p/s : ISLAM is the way of life..! =)


Thursday, February 14, 2013

...Thank you ALLAH...

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
"In the name of God, most Gracious, most Compassionate"


Alhamdulillah. . . . 
Thank you Allah,
For all the things what you have given to my family and I . . . 
Please forgive us,
For all what we have done for all our entire life . . . . 
Please give us strength,
To face all the hard time, 
To go on with our life in order to strive for jannah . . . . 
Thank you Allah . . . . ^ ^



Monday, October 29, 2012

. . . .Hari - Hari Yang Berlalu . . . .


بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang


Alhamdulillah…
Sesungguhnya perancangan Allah adalah sebaik-baik perancangan…
Kita sebagai manusia…
Hamba Allah hanya mampu membuat perancangan…
Tetapi Allah Maha mengetahui sama ada ianya terbaik buat kita atau sebaliknya…

Alhamdulillah….
Walau apa pun telah berlaku dalam kehidupan ini…
Bersabarlah…
Mungkin mudah untuk mengatakan sabar…
Kerana…
Hanya yang melaluinya tahu betapa hebatnya ujian Allah terhadap dirinya…
Tetapi, ingatlah wahai diriku…
Allag tidak akan membebani hamba-hambaNya melainkan apa yang termampu dihadapi oleh mereka…

Sebagaimana firmanya yang bermaksud:

Allah tidak memberati ( menguji ) seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya…. 
(al-Baqarah 286)

Alhamdulillah…
Sedarilah wahai diriku…
Allah menyayangimu…
Oleh itu…
Allah mengujimu….
Untuk melihat sejauh mana kasihmu buatNya..
                                
Alhamdulillah…
Lihatlah disekelilingmu…
Masih ada yang jauh lagi hebat ujian Allah buat dirinya…
Masih ada keluarga yang menyokongmu…
Jangan dipersiakan hidupmu dengan meratapi apa yang telah ditakdirkan berlaku…
Ingat lah wahai diriku…
Sesungguhnya semua yang berlaku…
Adalah untuk menjadikan dirimu lebih tabah…
Untuk menempuhi kehidupan di dunia…
Yang hanya tempat persinggahan…
Sebelum ke negeri akhirat…
Yang kekal abadi…. 



~hamba Allah ~
Perak, Malaysia
22 : 11
29 Oktober 2012

Saturday, May 12, 2012

~ Bersyukurlah Wahai Diri ~

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang
Assalamualaikum... =)
Alhamdulillah... 
Kehidupan tidak selalu indah..
kadang kita berada di puncak kegemilangan.. 
dan..
tidak terkecuali kita akan terkandas dalam menjalani kehidupan..
itulah lumrah kehidupan.. 
"...dan mintalah pertolongan dengan SABAR dan SOLAT..."
sentiasa ingat..
apabila kita mendapat sesuatu nikmat daripada ALLAH..
maka bersyukurlah.. 
jika tidak mendapat apa yang kita hajati.. 
maka bersyukurlah.. 
kerana.... 
sesungguhnya..
kita hanya merancang, tetapi ALLAH yang menentukan..
sehebat mana pun perancangan kita.. 
 HEBAT lagi perancangan ALLAH untuk kita.. ^ ^

p/s : lebih kepada peringatan untuk diri sendiri.. ^ ^





Monday, April 23, 2012

...Bersyukurlah..



بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang
Assalamualaikum... =)
Alhamdulillah.. saya dan anda masih diberi peluang untuk hidup..
lama betul saya tidak mengupdate blog ini.. 
keputusan SPM telah diumumkan sebulan yang lalu... 
saya juga salah seorang pelajar lepasan SPM 2011.. 
walau apapun keputusan yang kita terima.. 
bersyukurlah...! 
cuba kita perhati petikan post  http://langitilahi.com untuk pelajar-pelajar yang menerima keputusan SPM....
"....Pada saya, yang terbaik tidak semestinya yang mendapat banyak A dalam keputusan SPMnya. Ada orang dapat banyak A, tetapi kemudian semakin menjauh daripada Allah. Ada orang sedikit A, tetapi kemudian semakin akrab dia dengan Allah. Maka, manakah yang lebih baik antara kedua-dua itu?
Apapun, yang penting adalah usaha kita untuk menjadikan semuanya ‘A’. Itu lebih penting. ‘A’ dalam hubungan kita dengan Allah. ‘A’ dalam akademik. ‘A’ dalam peribadi dan akhlak kita....." ~langitillahi~
tepuk dada tanyalah iman kita.. 
adakah keputusan yang kita dapat itu
 menjadikan kita lebih akrab dengan ALLAH ataupun tidak...


Think Positive..!
setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya...
sesungguhnya...
 perancangan ALLAH mengatasi perancangan manusia.. 
dan perancangan ALLAH adalah yang terbaik..! 






Saturday, January 14, 2012

:::: ALLAH knows ::::

بسم الله الرحمن الرحيم

assalamualaikum….. ^ ^

tumblr_lqutr3k7aZ1r02o8fo1_1280

you may be going,

through a tough time right now….

but,

"....if ALLAH brings you to it, He'll bring you through it...."

 

p/s : Never lose hope….

Thursday, December 8, 2011

::: Fasa Baru Kehidupan :::

بسم الله الرحمن الرحيم
ASSALAMUALAIKUM……
Alhamdulillah… saya masih diberi peluang untuk merasai sisa kehidupan yang semakin singkat.. semoga diberkati baki umur yang masih ada…. syukur juga saya dan sahabat-sahabat seperjuangan lain sudah berjaya menghabiskan perjuangan kami di alam persekolan selama 11 tahun… ( 6 thun di sekolah rendah & 5 tahun di sekolah menengah..) kami juga baru sahaja menempuhi peperiksaan yang sangat penting iaitu SPM… bagaimana agaknya keputusan SPM kami semua..?? semoga dipermudahkan urusan menanda kertas peperiksaan.. ameen….


P6010103
fasa baru dalam kehidupan saya, baru sahaja bermula…
masih jauh perjalanan…
semestinya..
penuh dengan dugaan dan cabaran…
semoga ALLAH memberikan  saya dan sahabat-sahabat  kekuatan dan ketabahan…
untuk menempuhi semuanya…..


Image(505)
selepas SPM.. sudah tentu banyak masa yang terluang..
sementara menunggu keputusan…
gunakanlah masa dengan sebaik mungkin….
peringatan untuk diri sendiri dan sahabat-sahabat seperjuangan yang lain…

“ apa yang paling jauh dengan diri kita di dunia?
yang paling jauh dengan kita ialah MASA LALU…
masa yang berlalu tidak dapat diputar kembali …
maka jagalah hari ini,esok dan hari-hari mendatang..
dengan pengisian yang bersesuaian dengan agama…."
~ Imam Al-Ghazali ~

kata-kata diatas saya dapat daripada sebuah video yang sangat menarik..
dari you tube…Filmstrip
sangat terbaik..
mempunyai mesej yang amat jelas.. Thumbs up



p/s : 
 # oleh itu, buat pelajar-pelajar lepasan SPM (terutamanya…).. gunakan lah masa yang ada dengan sebaik mungkin… Winking smile