Thursday, December 8, 2011

::: Fasa Baru Kehidupan :::

بسم الله الرحمن الرحيم
ASSALAMUALAIKUM……
Alhamdulillah… saya masih diberi peluang untuk merasai sisa kehidupan yang semakin singkat.. semoga diberkati baki umur yang masih ada…. syukur juga saya dan sahabat-sahabat seperjuangan lain sudah berjaya menghabiskan perjuangan kami di alam persekolan selama 11 tahun… ( 6 thun di sekolah rendah & 5 tahun di sekolah menengah..) kami juga baru sahaja menempuhi peperiksaan yang sangat penting iaitu SPM… bagaimana agaknya keputusan SPM kami semua..?? semoga dipermudahkan urusan menanda kertas peperiksaan.. ameen….


P6010103
fasa baru dalam kehidupan saya, baru sahaja bermula…
masih jauh perjalanan…
semestinya..
penuh dengan dugaan dan cabaran…
semoga ALLAH memberikan  saya dan sahabat-sahabat  kekuatan dan ketabahan…
untuk menempuhi semuanya…..


Image(505)
selepas SPM.. sudah tentu banyak masa yang terluang..
sementara menunggu keputusan…
gunakanlah masa dengan sebaik mungkin….
peringatan untuk diri sendiri dan sahabat-sahabat seperjuangan yang lain…

“ apa yang paling jauh dengan diri kita di dunia?
yang paling jauh dengan kita ialah MASA LALU…
masa yang berlalu tidak dapat diputar kembali …
maka jagalah hari ini,esok dan hari-hari mendatang..
dengan pengisian yang bersesuaian dengan agama…."
~ Imam Al-Ghazali ~

kata-kata diatas saya dapat daripada sebuah video yang sangat menarik..
dari you tube…Filmstrip
sangat terbaik..
mempunyai mesej yang amat jelas.. Thumbs up



p/s : 
 # oleh itu, buat pelajar-pelajar lepasan SPM (terutamanya…).. gunakan lah masa yang ada dengan sebaik mungkin… Winking smile

No comments:

Post a Comment