Monday, October 29, 2012

. . . .Hari - Hari Yang Berlalu . . . .


بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang


Alhamdulillah…
Sesungguhnya perancangan Allah adalah sebaik-baik perancangan…
Kita sebagai manusia…
Hamba Allah hanya mampu membuat perancangan…
Tetapi Allah Maha mengetahui sama ada ianya terbaik buat kita atau sebaliknya…

Alhamdulillah….
Walau apa pun telah berlaku dalam kehidupan ini…
Bersabarlah…
Mungkin mudah untuk mengatakan sabar…
Kerana…
Hanya yang melaluinya tahu betapa hebatnya ujian Allah terhadap dirinya…
Tetapi, ingatlah wahai diriku…
Allag tidak akan membebani hamba-hambaNya melainkan apa yang termampu dihadapi oleh mereka…

Sebagaimana firmanya yang bermaksud:

Allah tidak memberati ( menguji ) seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya…. 
(al-Baqarah 286)

Alhamdulillah…
Sedarilah wahai diriku…
Allah menyayangimu…
Oleh itu…
Allah mengujimu….
Untuk melihat sejauh mana kasihmu buatNya..
                                
Alhamdulillah…
Lihatlah disekelilingmu…
Masih ada yang jauh lagi hebat ujian Allah buat dirinya…
Masih ada keluarga yang menyokongmu…
Jangan dipersiakan hidupmu dengan meratapi apa yang telah ditakdirkan berlaku…
Ingat lah wahai diriku…
Sesungguhnya semua yang berlaku…
Adalah untuk menjadikan dirimu lebih tabah…
Untuk menempuhi kehidupan di dunia…
Yang hanya tempat persinggahan…
Sebelum ke negeri akhirat…
Yang kekal abadi…. 



~hamba Allah ~
Perak, Malaysia
22 : 11
29 Oktober 2012

No comments:

Post a Comment